PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 9



BAB 9:   MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1     Tajuk: Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama


Negara bersatu kerana nasionalisme,
Sanggup berperang wujud persaingan,
Ekonomi jadi rebutan imperialisme,
Bersaing bentuk pengaruh lingkungan.

Kuasa Eropah mencari  jajahan,
Persaingan Pakatan mula mengancam,
Muncul pula sistem pakatan,
Pembunuhan Franz amat dikecam.


9.2     Tajuk:  Kesan-kesan Perang Dunia Pertama


Pemerintahan beraja tamat di Eropah,
Termeterai Versailles nama perjanjiannya,
 Peta Eropah turut  berubah,
Negara baru terbentuk akhirnya.

Perjanjian bentuk Liga Bangsa,
Galak keamanan  keselamatan bersama,
Inflasi  hutang  negara terasa,
Pengangguran berlaku jadi dilema.

Kemusnahan harta benda dan nyawa,
AS  Jepun ambil-alih pasaran ,
Banyak kerosakan kerugian dibawa,
Britain pula hilang dagangan,


9.3     Tajuk:  Pertubuhan OIC

 
Lahir kerana Tunku Abdul Rahman,
OIC adalah nama diberi,
Kekal damai tamat persengketaan,
Tempat suci tidak dicemari.

OIC banyak beri sumbangan,
Pasukan perubatan ke Afghanistan,
Ditubuh juga Bank Pembangunan,
Bantuan kewangan kepada Sudan.

Malaysia turut main peranan,
Persidangan diada menentang pengganas,
Rakyat Palestin deberi sokongan,
Syorkan guna dinar emas.

No comments:

Post a Comment