PANTUN TINGKATAN 3 - BAB 6



BAB 6:   PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI
               DI SARAWAK DAN SABAH



MacBryan  Macmichael ada persamaan,
Pemimpin tempatan menjadi mangsa,
Muslihat diguna dapat tandatangan,
Bantahan dibuat kerana dipaksa.


Penyerahan Sarawak ditentang penduduk,
Meletak jawatan meninggalkan pengajian,
Menampal poster bawa sepanduk,
Diadakan juga tunjuk perasaan.


British bimbang tentangan di Sarawak,
YMA ditubuh sokong penyerahan,
Melagakan melayu dan dayak,
Menghina golongan antipenyerahan.


Keadaan di Sabah berbeza pula,
Gerakan kebangsaan agak perlahan,
Penubuhan parti rancak bermula,
Faktor menyumbang Gagasan Persekutuan.


No comments:

Post a Comment