PANTUN TINGKATAN 3 - BAB 1



BAB 1:  PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Jeneral Tojo pemimpin tentera,
Bahan mentah jadi sasaran,
Luaskan jajahan agenda tertera,
Slogan diguna meraih sokongan.

Slogan Jepun beri ikhtibar,
Matlamat dicapai misi berjaya,
Jangan terpengaruh propaganda luar,
Kelak kita akan terpedaya.

Poster ditampal dinding bangunan,
Tulisan jawi tertera padanya,
Memenangi hati penduduk tempatan,
Seolah Tanah Melayu diselamatkannya.

Masuk Jepun arah utara,
Kapal dihantar menyekat kemaraan,
Dari Jitra ke Singapura,
Masa singkat berjaya ditawan.

Arah utara serangan dimulakan,
Pertahanan British di Singapura,
Maklumat diperoleh mudah serangan,
Berjuang Jepun untuk negara.

KMM turut beri sokongan,
Maklumat perisikan petunjuk arah,
Propaganda disebar meraih sokongan,
Askar India berpaling tadah.

Strategi berkesan sebab kemenangan,
Negara Thai beri laluan,
KMM turut beri sokongan,
Basikal diguna sempit laluan.

Bumi hangus taktik penjajah,
Lengah kemaraan ekonomi lumpuh,
Dokumen kerajaan turut musnah,
Tamadun manusia mula rapuh.

Dasar Jepun mula dilaksanakan,
Pada Maharaja tanam kesetiaan,
Hapuskan pengaruh barat dan cina,
Kerjasama melayu teruskan pemerintahan.

MPAJA ditubuh British bantu,
Perang gerila cara tertera,
Force 136 ditubuh tentera Bersekutu,
Sri Lanka tempat latihan tentera.

Pentadbiran Jepun dibenci rakyat,
Berlaku masalah kurang makanan,
Kempeitei seksa sebelum siasat,
Kereta api maut ramai terkorban.

Zon ekonomi gagal dilaksanakan,
Sekatan ekonomi tentera Bersekutu,
Ekonomi kawalan tiada kebaikan,
Kesengsaraan hidup rakyat bersatu.

Negara kita tanggungjawab kita,
Elak percayai kuasa asing,
Janji manis bawa sengketa,
Waspada niat negara asing.


No comments:

Post a Comment