PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 1



BAB 1:   KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME 
                DI ASIA TENGGARA


1.1  Tajuk:  Birokrasi Barat

Penjajah Barat makin kukuh,
Ekonomi juga bawah kuasanya,                                                        
Pentadbiran tradisional  makin rapuh,
Kuasa pembesar hilang akhirnya.


1.2  Tajuk:  Birokrasi Barat

Birokrasi Barat bawa padah,
Laksana pentadbiran melalui jabatan,
Pentadbiran tradisional lenyaplah sudah,
Penyatuan wilayah di tanah jajahan.



1.3   Tajuk:   Nasionalisme Tahap Pertama di Filipina

CONTOH SOALAN:  Jelaskan Perkembangan Nasionalisme di Filipina

Nasionalisme Filipina tahap pertama,
Gerakan dakyah pimpinan Rizal,
Tuntut diberi hak sama,
Desak pembaharuan bidang sosial.

Kebebasan bersuara antara tuntutan,
Kerajaan Sepanyol rasa terancam,
Rizal di buang ke Dapitan,
Tindakan penjajah patut dikecam.


1.4    Tajuk:   Nasionalisme Tahap Kedua di Filipina

Capai kemerdekaan matlamat dinama,
Andreas pemimpin tahap kedua,
Pendekatan radikal cara utama,
Revolusi bersenjata gagal jua.

Kerjasama Aguinaldo dengan Amerika,
Sepanyol disingkir untuk berkuasa,
Kemerdekaan Filipina terus dileka,
Parti sederhana mula diperkasa.


(Catatan: Pantun tajuk  1.3 dan 1.4 boleh digunakan semasa guru mengajar tajuk nasionalisme di Filipina. Berpandukan pantun guru boleh mengemukakan soalan kepada pelajar contohnya pemimpin nasionalisme tahap pertama dan kedua, tuntutan  atau matlamat, tindakan Sepanyol dan tindakan Amerika.)

No comments:

Post a Comment