BAB 5:
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
Rombongan ke London merdeka hasratnya,
Dengan British
rundingan kemerdekaan,
Perjanjian London
kesan darinya,
Tarikh kemerdekaan
turut ditetapkan.
Suruhanjaya Reid
menyusun perlembagaan,
Termaktub sebagai
Perlembagaan Merdeka,
Peristiwa
permasyuran dalam ingatan,
Bebas dari
penjajahan mereka.
Pentadbiran diurus Perdana Menteri,
Hak melayu turut dikekalkan,
Kerakyatan terbuka juga diberi,
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Besar tanggungjawab
sebagai warganegara,
Perlu pelihara
kemerdekaan kita,
Menjaga kedaulatan
amanat tertera,
Perpaduan dikukuh
elak sengketa.
No comments:
Post a Comment