PANTUN TINGKATAN 4 UNTUK TAJUK-TAJUK TERPILIH




CATATAN  TAMBAHAN



Bagi  panduan guru saya telah menyediakan pantun sejarah  tingkatan 5  untuk tajuk-tajuk terpilih sahaja. Guru-guru sejarah boleh mengadakan pertandingan mengarang pantun terutama dalam kalangan pelajar-pelajar, pantun seterusnya dikumpulkan, dimurnikan jika perlu.

 




BAB 1:   KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun Indus

Bandar Terancang Tamadun Indus dan ciri-cirinya

Terbahagi kepada dua bahagian,
Harappa adalah kota terancang,                                                        
Dikelilingi jua tembok pertahanan,
Air kumbah disalur ke longkang

Kemahiran masyarakat Indus

Masyarakat Indus miliki kemahiran,
Batu dibakar suhunya  tinggi,
Ada Pengetahuan bidang kesenian,
Ilmu matematik kemajuan teknologi.

Kepentingan sifat terbuka

Sifat terbuka bawa peningkatan,
Pertukaran teknologi ekonomi maju,
Jamin keamanan serta keselamatan,
Hubungan perdagangan arah tuju.


Tamadun Hwang-Ho

Sistem pentadbiran Hwang- Ho

Dinasti Shang pemerintahan beraja,
Percaya kepada mandat Tuhan,                                                        
Bangsawan pula membantu raja,,
Pemerintah adil wujud kemakmuran.

Dinasti Chou berbeza politiknya,
Diketuai raja dibantu menteri,
Lantik pembesar disetiap wilayahnya,
Selain taat hadiah diberi.

Sumbangan Tamadun Hwang- Ho

Maju pertanian kerana pengairan,
Sabit dan cangkul turut dicipta,
Batas diguna untuk penanaman,
Peralatan besi serta senjata.

Falsafah perang dalam perniagaan,
Pemerintahan monarki gelaran maharaja,
Kalendar penentu upacara perkahwinan,
Tulisan dicipta belajar mengeja.






BAB 3:   TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA



Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran

Pengaruh hindu dalam pemerintahan,
Istiadat pertabalan baca mantera,
Mitos lagenda lambang kekuasaan,
Adil raja rakyat sejahtera.

Sistem beraja amalan kerajaan,
Dewaraja  gelaran diberi,
Brahmin ketuai istiadat pertabalan,
Orde kosmos kerajaan berdiri


Kepentingan Monumen/candi

Hebat sungguh seni ukirnya,
Diguna menyimpan patung dewa,
Rumah ibadat juga peranannya,
Lambang kuasa pemerintah berwibawa.


Kepentingan Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit bahasa keagamaan,
Tingkat pencapaian intelektual masyarakat,
Bahasa ilmu serta kesusasteraan,
Arahan pemerintah kepada rakyat.





BAB 6:   PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA



Khalifah Uthman

Majlis Syura cara perlantikan,
Itulah Uthman dermawan orangnya,
Meluaskan wilayah kukuhkan pertahanan,
Tentera laut turut dibentuknya.



Sumbangan Bani Umaiyah Tahap 1

Bani Umaiyah banyak sumbangan,
Sistem khalifah perlantikan pemerintah,
Hijabah ditubuh kawal keselamatan,
Sistem urusetia serta wazarah

Ilmu pengetahuan alami perkembangan,
Jamil dan Umar sasterawan utama,
Tanda bunyi pada al-Quran,
Lahir ilmuan mencipta nama.

Buku diterjemah ilmu disebar,
Damsyik tempat hospital pertama,
Hospital kusta dibina Umar,
Ibn al-Nafis pakar bedah ternama.



Sumber pendapatan Bani Umaiyah Tahap 2

Banyak  sumber pendapatan kerajaan,
Ghanimmah zakat serta usyur,
Cukai tanah dan perlindungan,
Pendapatan bertambah Umaiyah masyur.




BAB 9:   PERKEMBANGAN DI EROPAH

Zaman Gelap

Zaman gelap zaman kemunduran,
Kemerosotan dalam rakyat Eropah,
Pentadbiran pusat hadapi kemusnahan,
Munculnya baron menguasai wilayah.

Perdagangan terhad tiada perkembangan,
Sektor pertanian jadi tumpuan,
Gangguan  gasar jadi halangan,
Sistem barter jadi amalan.

Baron melindungi golongan tani,
Cukai dijelas jaga keselamatannya,
Jika gagal dibayar petani,
Tanah diserah hamba jadinya.

Baron berlindung di bawah raja,
Cukai dan khidmat terpaksa diserah,
Dua hala jalinan sahaja,
Bentuk sistem feudal Eropah.

Institusi gereja peranan utama,
Miliki harta banyak melimpah,
Fokus amalan akhirat dan agama,
Mengongkong hidup rakyat Eropah

Sebab /faktor Zaman Rennaissance

Bandar   Itali strategik tempatnya,
Pertembungan budaya  dan bahasa,
Muncul pelabuhan Venice contohnya,
Menjalankan perdagangan antarabangsa.

Penularan humanisme lahir di Itali,
Galak manusia mencari penyelesaian,
Bapa humanisme Nicolo Machiaelli,
Semangat inkuiri jadi dorongan.

Paus di Rom jadi penaung,
Kepada seniman dan cendekiawan,
Menunjukkan bakat masing-masing,
Mula berkerja secara sendirian.

Kesan  Zaman Rennaissance

Makin meluas dan makin berkembang,
Perdagangan tempatan dan antarabangsa,
Ekonomi sara diri kian menghilang,
Monarki baru muncul berkuasa




BAB 10:   DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Faktor  kemasukan buruh

Kemakmuran ekonomi  buruh datang,
Negara asal faktor tolakan,
Masyarakat melayu tidak menentang,
Dasar British galak kemasukan.

Cara kemasukan buruh Cina

Ketua dilantik mengumpul buruh,
Kampung di China tempat carian,
Tiket kredit kemasukan buruh,
Tanah Melayu tempat tumpuan.

Majikan menghantar pegawai ke China,
Tenaga buruh jadi carian,
Dibiaya tambang untuk ke sana,
Pengambilan kakitangan cara kemasukan.

Cara kemasukan buruh  India

Sistem kangani cara kemasukan,
Kangani dihantar ke Negara India,
Diberi lesen dan wang pendahuluan,
Belanja buruh turut tersedia.

Hadir  satu demi satu,
Datang  sendiri biaya sendiri,
Kedatangan diatur kumpulan tertentu,
Buruh bebas nama diberi.

Kesan kemasukan buruh

Setiap kaum beza pendidikannya,
Amalan budaya tidak sama,
Masyarakat majmuk terbentuk akhirnya,
Kemakmuran ekonomi dinikmati bersama.

India di estet Cina di lombong,
Petempatan berbeza sangat tertera,
Orang Melayu kekal di kampung,
Halang perpaduan masalah negara.

7 comments:

  1. salam satu malaysia cikgu letch. bagus idea cikgu ini.saya guru baru dan tercari2 bahan PdP yang dapat menarik pelajar.saya rasa pantun pun ok jg.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete
    2. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete
    3. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete
    4. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete
    5. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete
    6. Terima kasih cikgu Maslindadaliza. Kalau cikgu ada pantun tambahan boleh kita kongsi bersama untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan matapelajaran sejarah

      Delete