PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 9



BAB 9:   MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1     Tajuk: Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama


Negara bersatu kerana nasionalisme,
Sanggup berperang wujud persaingan,
Ekonomi jadi rebutan imperialisme,
Bersaing bentuk pengaruh lingkungan.

Kuasa Eropah mencari  jajahan,
Persaingan Pakatan mula mengancam,
Muncul pula sistem pakatan,
Pembunuhan Franz amat dikecam.


9.2     Tajuk:  Kesan-kesan Perang Dunia Pertama


Pemerintahan beraja tamat di Eropah,
Termeterai Versailles nama perjanjiannya,
 Peta Eropah turut  berubah,
Negara baru terbentuk akhirnya.

Perjanjian bentuk Liga Bangsa,
Galak keamanan  keselamatan bersama,
Inflasi  hutang  negara terasa,
Pengangguran berlaku jadi dilema.

Kemusnahan harta benda dan nyawa,
AS  Jepun ambil-alih pasaran ,
Banyak kerosakan kerugian dibawa,
Britain pula hilang dagangan,


9.3     Tajuk:  Pertubuhan OIC

 
Lahir kerana Tunku Abdul Rahman,
OIC adalah nama diberi,
Kekal damai tamat persengketaan,
Tempat suci tidak dicemari.

OIC banyak beri sumbangan,
Pasukan perubatan ke Afghanistan,
Ditubuh juga Bank Pembangunan,
Bantuan kewangan kepada Sudan.

Malaysia turut main peranan,
Persidangan diada menentang pengganas,
Rakyat Palestin deberi sokongan,
Syorkan guna dinar emas.

PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 8



BAB 8:   PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


8.1     Tajuk:  Rancangan Malaya Pertama dan Kedua


Tidak berjaya Malaya pertama,
Ancaman komunis jadi halangan,
Kejatuhan harga komoditi utama,
Malaya kedua sama penekanan.

FELDA RIDA agensi ditubuhkan,
Tingkat taraf penduduk desa,
Rakyat miskin mula dipindahkan,
Tanah diteroka kemajuan bangsa.


(Catatan:  Semasa mengajar rancangan Malaya Pertama dan Kedua guru boleh paparkan pantun-pantun di atas dan kemukakan soalan-soalan berikut;

  • Mengapa rancangan Malaya pertama gagal?
  • Nyatakan persamaan  rancangan Malaya Pertama dan Kedua?
  • Senaraikan nama agensi yang ditubuhkan semasa rancangan Malaya Perttama
     
  •  Disamping itu guru juga boleh meminta beberapa orang pelajar untuk berpantu



8.2     Tajuk:  Wawasan 2020




Mahathir cetus idea wawasan,
Negara maju budaya penyayang,
Bersatupadu serta berkeyakinan,
Masyarakat demokratik yang matang.

PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 7



BAB 7:   SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
               NEGARA MALAYSIA


7.1    Tajuk: Maksud Perlembagaan



Perlembagaan asas pembentukan kerajaan,
Panduan untuk mentadbir negara,
Didalam ada segala peraturan,
Hala tuju tadbir untuk mara.


7.2    Tajuk:  Kepentingan Perlembagaan



Kepentingan perlembagaan jamin kestabilan,
Panduan diperlu pemimpin terbilang,
Menjadi jaminan kelicinan pentadbiran,
Ketaatan rakyat menjadi tiang.



7.3    Tajuk: Tugas Yang di Pertuan Agong



YDPA adalah ketua negara,
Mengetuai juga angkatan bersenjata,
Tauliahkan duta tugas tertera,
Hakim dilantik elak sengketa..

Hak melayu bawah jagaannya,
Bagi agama Islam baginda ketua,
Isytiyar darurat  bila  keperluanya,
Bubar dewan  baginda jua


7.4    Tajuk: Ciri-ciri Dewan Negara


Menjawat jawatan tiga tahun,
Senator adalah gelaran diberi,
69  ahli berumur 30 tahun,
Boleh dilantik menjadi menteri.

7.5   Tajuk: Ciri-ciri Dewan Rakyat

Dipilih rakyat melalui pilihanraya,
Menggubal diperingkat dewan rakyat,
219 ahli jumlah semuanya,
Lima tahun tempoh menjawat

PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 6



BAB 6:   PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA



6.1    Cadangan ke arah  Pembentukan Malaysia


Tunku Abdul  Rahman beri cadangan,
Di Hotel Adelphi saranan diutara,
Beliau turut suarakan harapan,
Kedudukan kukuh bentuk negara.



6.2   Faktor-faktor Pembentukan  Malaysia 1963

Ancaman komunis desak penggabungan,
Mampu percepat kemerdekaan negeri,
Tanah melayu luas pengalaman,
Darurat peristiwa contoh diberi.

Pembentukan Malaysia galak pelaburan,
Bahan mentah dimenafaat bersama,
Mampu juga  luaskan pasaran,
Kemakmuran negara dikecapi sama.



6.3  Langkah Pembentukan Malaysia


JPPK ditubuh ahli bersepakat,
Beri penerangan tentang gagasan,
Cobbold pula tinjau pendapat,
Dalam JAK diperinci cadangan.


PANTUN TINGKATAN 5 - BAB 5



BAB 5:   PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


5.1  Sistem Ahli

CONTOH SOALAN:  Nyatakan empat  ciri Sistem Ahli

Anggota dikenali sebagai Ahli,
Persuruhjaya  Tinggi buat lantikan,
Sembilan orang semua sekali,
Dikenali juga kabinet bayangan.


CONTOH SOALAN:  Nyatakan empat  kepentingan Sistem Ahli

Asas melatih penduduk tempatan,
Sebelum bentuk kerajaan sendiri,
Kerjasama kaum dapat sambutan,
Capai merdeka agenda tersendiri.


5.2  Kepentingan  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

                                                                                  
Konsep Demokrasi  Raja Berpelembagaan,
Lahirlah Identiti masyarakat merdeka,
Kebijaksanaan pemimpin jadi banggaan,
Wujudkan perpaduan antara mereka.